Wednesday, 12 October 2011

Kepuasan dapat mencipta blog sendiri

Saya berasa gembira dapat mencipta blog sendiri. Saya ingin memberitahu kepada rakan-rakan yang masih belum mencipta blog bahawa kamu mesti dan memang boleh mencipta blog sendiri atas bantuan video cara-cara mencipta blog yang telah dipaparkan itu.
Sebenarnya, saya merupakan seorang anak penoreh getah yang sejak kecil tidak dapat menyentuhpun komputer. Jadi, bagi saya untuk mencipta blog sendiri sememangnya merupakan suatu tugasan yang amat mencabar bagi saya. Namun, setelah mendapat dorongan daripada rakan-rakan semaktab dahulu dan rakan-rakan sekerja kini, barulah saya dapat menyiapkan ciptaan blog saya ini.

Oleh itu, saya berasa memang patut saya menulis blog pertama saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu saya untuk mencipta blog pertama saya ini. Saya juga menghargai peluang yang diberikan oleh pihak Universiti yang telah memberikan peluang untuk saya dan rakan-rakan saya mencipta blog ini. Sekian, terima kasih.

1 comment: